| Thursday, 24 July 2008 | |
Bekas Menteri Besar Terengganu sekali lagi ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’ kerana di anugerahkan sebagai juara, walaupun kini hanya menjadi wakil rakyat biasa Setelah lebih 3 bulan dipecat sebagai Menteri Besar, kerana tidak diperkenan oleh istana Terengganu, nama Idris masih menjadi sebutan. Yang terbaru, beliau telah memenangi anugerah sebagai ketua kerajaan yang mempunyai kos penyenggaraan kereta kerajaan Proton Perdana V6 Executive paling mahal dalam sejarah Terengganu, mungkin seluruh Malaysia Setelah merampas Terengganu dari PAS pada tahun 2004, nampaknya benar sebagaimana tohmahan ramai, Idris dan gengnya betul-betul ‘menggasak’ pitih rakyat Terengganu. Dari segi penggunaan wang dana khas a.k.a. pitih royalti, tiada seorang pun yang boleh menandingi, bagaimana Idris ‘memboroskan’ dan membereskan berbilion ringgit wang rakyat hanya dalam masa empat tahun. Membangunkan ‘Monsun Cup’ dan segala kemudahan acaranya di Pulau Duyong serta membina Taman Tamadun Islam Hadhari di Pulau Wan Man, mengotakan janjinya mengadakan pembangunan sebagai ‘sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini’. Allah yang maha kaya, menunjukkan segala-galanya kepada seluruh rakyat Terengganu, supaya merenung sejenak dan berfikir! Dilaporkan oleh media perdana, semakan yang dibuat ke atas perbelanjaan penyenggaraan kereta-kereta para eksekutif, sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08. Walaupun diperbetulkan oleh SUK pada hari ini, jumlah baru RM131, 449.83, masih banyak berbanding apa yang dibelanjakan oleh semua exco-exco semasa kerajaan PAS dulu. Sementara itu, kenderaan dengan nombor pendaftaran TAG 6996 yang digunakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw, mencatatkan perbelanjaan kedua tertinggi sebanyak RM175,229.79. sepanjang tempoh itu. Dalam tempoh empat tahun itu juga, kenderaan jabatan yang digunakan oleh Pengerusi Biro Pertanian, Datuk Mohd. Jidin Shafie mencatatkan kos penyenggaraan ketiga tertinggi iaitu pada kadar RM95,178.15. Kenderaan bernombor pendaftaran TT 7 itu telah dibeli oleh Mohd. Jidin. Kenderaan yang digunakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan nombor pendaftaran TAG 8228 (TAK 415) pula mencatatkan kos selenggara keempat tertinggi sepanjang tempoh empat tahun tersebut iaitu sebanyak RM92,995.18. Dalam pada itu, kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive paling rendah sepanjang tempoh itu ialah yang digunakan oleh Datuk Wan Hisham Wan Salleh iaitu sebanyak RM15,069.32. Seperti Mohd. Jidin, Wan Hisham juga telah membeli kenderaan bernombor pendaftaran TT 6 berkenaan 'Tak masuk akal' Akhbar media perdana mengulas lagi bahawa kos menyenggara kereta Proton Perdana V6 Executive, kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu yang mencecah lebih RM175,000 sebuah atau 25 kali ganda daripada kos sebenar bagi tempoh selama empat tahun disifatkan tidak masuk akal. Ekoran dari hebatnya tindakan Idris dan Gengnya sehinggakan Proton Holdings Bhd. (Proton) terpaksa menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk membuat penyiasatan dalaman. Sudah tentu, hasil siasatan mungkin menakutkan, kerana ia tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengenakan harga lebih tinggi untuk mengaut untung semasa penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri itu. Harga yang dikenakan dipercayai 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar. Menurut sumber industri, kos menyenggara kereta Perdana V6 mungkin tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri Terengganu melakukan servis di pusat servis Proton Edar. Di Terengganu, terdapat sebuah pusat servis Proton Edar dan empat wakil servis. ''Ini kerana, di pusat servis berkenaan, para pengguna tidak akan tertipu kerana harga bagi setiap alat ganti dan kos menyenggara telah diselaraskan di seluruh negara,'' kata beliau. Sekiranya kerajaan Terengganu menghantar kereta Perdana V6 ke pusat servis Proton, pasti kejadian penyelewengan harga bagi alat ganti dan kos penyenggaraan juga tidak akan berlaku. Menurut sumber Proton, berdasarkan jadual penyenggaraan kereta Perdana V6, kos bagi perjalanan berdasarkan kilometer (km) dari 1,000 km hingga 100,000 km yang biasanya mengambil tempoh antara tiga hingga empat tahun ialah RM7,032.54. Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku. ''Sebenarnya, kos menyenggara kereta Perdana V6 tidak semahal yang didakwa oleh kerajaan negeri itu, sebab itu kos yang dinyatakan seolah-olah tidak masuk akal. '' Sumber Proton menambah lagi, sebenarnya setiap pembeli kereta Perdana V6 akan mendapat jaminan untuk kotak gear dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan. Malah, selepas penggantian dibuat pada kotak gear, pengguna masih diberi jaminan selama setengah tahun atau bagi perjalanan sehingga 10,000 kilometer. Mengulas mengenai isu kerosakan kotak gear yang didakwa kerap berlaku, sumber itu berkata, perkara itu sukar diulas kerana ia banyak bergantung kepada cara pemanduan. ''Sekiranya kereta berkenaan digunakan dengan cara yang betul, mustahil ia mudah rosak dan begitulah sebaliknya,'' katanya lagi.
Lihat & Dengar Buletin Online - Lihat Video Klip Predana V6 Executive |
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Friday, July 25, 2008
Idris Jusoh ‘Juara’ - Senggara kereta kerajaan tertinggi, lebih suku juta
Caj 25 peratus lebih tinggi buat kenderaan rasmi
![]() |
| Kerani sebuah bengkel kereta menunjukkan resit caj ke atas sebuah kereta kerajaan yang diselenggara di bengkelnya. |
KUALA TERENGGANU - Kenderaan rasmi kerajaan Terengganu, Proton Perdana V6 Executive yang dihantar untuk baik pulih dan servis dikenakan caj lebih tinggi berbanding kereta pelanggan lain.
Demikian menurut salah seorang pemilik bengkel yang memberitahu, pihaknya mengenakan caj 25 peratus lebih tinggi untuk kenderaan kerajaan negeri.
Ujarnya, ia wajar kerana kerajaan negeri membuat bayaran lewat kepada mereka.
"Biasanya antara sebulan hingga dua bulan barulah kita dapat bayaran tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Bagaimanapun, katanya, caj itu antara yang paling rendah dikenakan bengkel yang menyenggara kenderaan kerajaan negeri dan perkara itu diakui sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong.
Jelas pemilik bengkel itu lagi, sebagai contoh, pada tahun lalu pihaknya mengenakan caj RM8,301 untuk menukar kotak gear kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid dan bukannya sehingga RM20,000 seperti yang didakwa banyak pihak.
Dalam pada itu, katanya, sepanjang lima tahun mengusahakan bengkel berkenaan, jarang sekali Proton Perdana V6 Executive dihantar ke bengkelnya melainkan hanya untuk servis rutin biasa.
Sementara itu, seorang lagi penyelia bengkel berkata, kesemua kereta Proton Perdana V6 yang dihantar ke tempatnya dicaj mengikut ketetapan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).-Kosmo
Click Here!Chua Jui Meng dakwa dikhianati
Beliau menyifatkan tindakan Tay Khim Seng dan Tan Geok San itu sebagai mengkhianati kumpulannya.
"Mereka mengkhianati kumpulan saya dan perbuatan itu adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan etika mana-mana parti di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jui Meng mendakwa Tay dan Tan bersetuju untuk bertanding jawatan timbalan pengerusi bahagian itu untuk menguatkan kumpulannya bagi menghadapi pemilihan di peringkat pusat kelak namun menyerahkan borang pencalonan bertanding beberapa minit sebelum penamaan calon ditutup 22 Julai lalu.
"Saya banyak membawa pembangunan, malah, lebih RM10 juta peruntukan saya semasa menjadi Ahli Parlimen telah kami belanjakan untuk masyarakat Bakri," katanya.
- Bernama
5 projek besar di Perak belum dilaksana
Lima projek besar yang belum dikemukakan EIA itu ialah Perak Hi Tech Park seluas 2,000 hektar, pembangunan Pulau Banding, Loji Penapisan Minyak di Teluk Rabiah dan Tanjong Piandang serta Blair University di Gua Tempurung.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Abu Hassan Mohd. Isa berkata, EIA bagi 2,000 hektar kawasan tambahan Perak Hi Tech perlu dilakukan semula kerana laporannya tidak berkualiti dan terpaksa ditolak.
Katanya, ekoran kegagalan serta kelambatan pihak perunding mengemukakan laporan EIA menyebabkan projek berkenaan kini terbengkalai.
“Jika laporan EIA tidak ada, kita tidak boleh memberi kelulusan untuk melaksanakan projek itu sehinggalah mereka mematuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pelan kontigensi serta syarat-syarat Jabatan Alam Sekitar dalam penilaian projek-projek pembangunan di sini hari ini.
“Saya pun bimbang kenapa laporan EIA ini tidak boleh dikemukakan walaupun projek itu telah diumumkan beberapa tahun yang lalu,” katanya.
Katanya, melihat pentingnya laporan EIA kepada program pembangunan di negeri ini, JAS Perak telah mempercepatkan proses kelulusannya dari 12 minggu sebelum ini kepada hanya lima minggu.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa membantu perunding-perunding alam sekitar bagi menyiapkan laporan mereka.
“Kita sedia membantu mempercepatkan kelulusan laporan itu tetapi perunding berkenaan perlu mengemukakannya dengan mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.
Zaid pertahan enggan dedah nilai exgratia diterima 6 hakim
"Mereka (bekas hakim itu) bimbang jika jumlah itu disebut akan menimbulkan pelbagai persoalan. Mereka cakap boleh tak kalau tak umum dan kerajaan bersetuju.
"Bukan niat nak rahsiakan (jumlah exgratia)... sekarang nak tunai janji dengan hakim tersebut.
"Ini bukan soal takut nak dedahkan berapa jumlah bayaran exgratia yang diterima... tapi nak lindungi maruah dan menghormati permintaan mereka yang tercapai semasa perbincangan dengan mereka sebelum keputusan pembayaran itu dibuat," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 di Dewan Negara hari ini.
Antara mereka yang mendesak untuk mengetahui jumlah bayaran itu ialah Senator Datuk Abd Rashid Ngah, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 itu kemudiannya diluluskan Dewan Negara, yang antaranya bagi membolehkan seseorang hakim itu dihitung tempoh perkhidmatannya bermula dari tarikh beliau memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, bagi maksud perkiraan jumlah pencen.
Bekas hakim yang menerima pembayaran exgratia ialah bekas Hakim Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah dan Tan Sri Suleiman Pawanteh, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.
Pada persidangan Dewan Rakyat 15 Julai lepas, Zaid yang didesak Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) turut enggan mendedahkan jumlah bayaran itu atas alasan sama. BERNAMA
Click Here!
Zaid Ibrahim resigning?
BREAKING NEWS
Click Here!
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA







