| 4 APRIL - Malaysiakini.com melaporkan wakil-wakil rakyat BN Selangor mengumumkan pembentukan 'barisan exco bayangan' khusus untuk memastikan exco kerajaan negeri campuran PKR, DAP dan PAS - menjalankan tugas dengan baik. Barisan exco bayangan ini terdiri daripada 16 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangkang Selangor yang diketuai Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo selaku ketua pembangkang. "Kami telah setuju untuk menjaga semua exco yang ada hari ini supaya menjalankan tugas dengan baik. "Selain Ketua Pembangkang, kami turut melantik timbalan ketua pembangkang, setiausaha dan bendahari," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat BN negeri itu di Shah Alam hari ini. "Exco bayangan ini juga mempunyai timbalan masing-masing dan dikehendaki mengemukakan soalan mengikut tugas dan portfolio mereka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri," kata Dr Mohamad Khir yang juga Adun Sungai Panjang. Menurut Bernama, timbalan ketua pembangkang ialah Datuk Marsom Paing (Adun Dengkil) |
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Saturday, April 5, 2008
BN S'gor bentuk exco bayangan
Tiada diskriminasi di Wilayah
| Malaysiakini.com melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan memberi jaminan tiada amalan diskriminasi di kawasan-kawasan parlimen yang dimenangi parti pembangkang. |
Saya Mahu Kembalikan Sokongan Generasi Muda, Kata Mukhriz
Bernama melaporkan Anggota Parlimen Jerlun itu sebagai berkata tujuan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno adalah untuk mengembalikan sokongan generasi muda kepada pergerakan itu.
Beliau berkata pada masa sama beliau mahu beberapa perkara termasuk sindrom takut bercakap dan tidak memberi tumpuan kepada perkara yang penting yang dibentangkan di dalam mesyuarat exco diatasi.
"Apa yang dibuat Pemuda selama ini dilihat tidak menepati aspirasi golongan muda dan masalah ini kita kena beri perhatian.
Sebelum ini sifat takut bercakap dalam mesyuarat exco, perkara penting dianggap remeh dan perkara remeh diberi perhatian penting juga masalah kita.
"Kita patut bermuhasabah mengenai perkara ini.
Ini kita dapat lihat bukti semasa pilihan raya umum bahawa undi golongan muda berkurangan untuk Barisan Nasional dan juga Umno," katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai punca beliau menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.
Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu berkata sindrom takut bercakap itu ada hubungkait dengan kenyataannya pada Perhimpunan Agung Umno pada 2006 di mana beliau dibidas oleh barisan Pemuda sendiri disebabkan perkara itu.
Anak bekas Perdana Menteri dan presiden Umno itu dipetik berkata bahawa ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengandungi idea baru dan ia menimbulkan kemarahan barisan kepimpinan Pemuda Umno kerana ia dianggap memperlekehkan Abdullah.
Setakat ini, Mukhriz dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan kesediaan untuk bertanding manakala Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim menyatakan minat tetapi mahu menunggu respons pucuk pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.
Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding, hari ini berkata beliau belum mahu membuat sebarang keputusan mengenainya.
Ditanya mengenai ramai yang bakal menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Mukhriz berkata ia tidak menjadi masalah kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang subur dalam parti.
"Pernah ada pertandingan enam hingga tujuh penjuru dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda. Ia memberi pilihan kepada anggota pemuda membuat pilihan," katanya.
Mukhriz juga tidak setuju dengan andaian bahawa pertandingan menyebabkan perpecahan dalam pergerakan itu.
Katanya, apa yang menyebabkan perpecahan ialah amalan berkempen yang tidak berhemah.
Umno Paya Besar minta semua MT Letak Jawatan
Umno Paya Besar Mahu Semua Anggota MT Letak Jawatan
KUANTAN, 4 APRIL- Umno menerima satu lagi tamparan hebat apabila Ketua Bahagian Umno Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman meminta semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno meletak jawatan berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Saya bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Umno bahagian, bukannya sebagai Setiausaha Umno Negeri Pahang, Umno bahagian Paya Besar mahu semua ahli Majlis Tertinggi meletakkan jawatan," katanya malam ini.
Bernama melaporkan beliau berkata langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno bahawa jika semua ahli MT meletakkan jawatan, maka Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT perlu diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
Beliau berkata semua ahli MT perlu berbuat demikian bagi membolehkan perhimpunan Agung Khas itu diadakan.
Ahmad Tajuddin sebelum ini merupakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lepar. Beliau bagaimanapun tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, calon BN Mohd Shohaimi Jusoh menewaskan calon PKR Khazizi Ahmad dengan majoriti 4,163 undi.
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
"Kita akan tentukan pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan dilaksanakan dengan sama rata," kata Datuk Zulhasnan Rafique selepas pertemuan dengan semua ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya dan Labuan.
"Kami juga membawa isu dakwaan yang paling popular dalam DBKL iaitu mengenai rasuah dalam pihak berkuasa tempatan itu," katanya.
Manakala ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai membangkitkan isu pelantikan ahli majlis penasihat DBKL kerana menurutnya kebanyakannya adalah penyokong BN.
Beliau berkata, pihaknya akan menyenaraikan kemudahan awam yang digunakan oleh BN/Umno supaya menteri melihatnya sendiri.




